2026-08-19 HaiPress

Ketua Pengarah Pendidikan,Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad – Foto RTM
KUALA LUMPUR,19 Ogos – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mengkaji dan melakukan pindaan terhadap pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah.
RINGKASAN BERITA AI
−
Mengulas isu istilah ‘wajib’ yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warga pendidik,Datuk Dr. Mohd Azam menjelaskan tiada klausa khusus yang menyatakan kegagalan menandatangani dokumen berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib secara automatik.
“Penggunaan perkataan ‘mewajibkan’ itu tidak diikuti dengan sebarang klausa bahawa ketidakpatuhan menandatangani Polisi Perlindungan Murid merupakan satu kesalahan atau boleh dikenakan tindakan. Ia bukanlah satu aku janji untuk mengikat pegawai dengan tindakan tatatertib.
“Bagaimanapun,saya memahami kebimbangan ini dan ada cadangan supaya perkataan ‘mewajibkan’ diganti dengan istilah lain yang tidak nampak terlalu keras. Pada pandangan saya,cadangan-cadangan tersebut ada rasionalnya,” tambah beliau.
Datuk Dr. Mohd Azam turut memberi jaminan bahawa perbincangan lanjut akan diadakan bersama Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek bagi mengharmonikan pelaksanaan polisi berkenaan demi memastikan keselamatan serta kebajikan guru,ibu bapa,dan murid sentiasa terpelihara sepanjang proses persekolahan.
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19