Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

Pahang berjaya noktahkan statistik miskin tegar – MB

2026-08-19 HaiPress

Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail / Foto Fail BERNAMA

KUANTAN,19 Ogos – Pahang berjaya menoktahkan statistik miskin tegar pada Februari lalu selepas kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) yang direkodkan dalam lock figure pada 15 Januari berjaya dikeluarkan daripada kategori berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI

“Bagi kategori miskin pula,pendapatan per kapita ditetapkan kurang daripada RM790 di bandar dan RM714 di luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi,penentuan status berkenaan dibuat berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah Kementerian Ekonomi.

Beliau menjelaskan data dalam Sistem eKasih bersifat dinamik dan boleh berubah mengikut keadaan sosioekonomi isi rumah termasuk perubahan pendapatan,kehilangan pekerjaan serta pertambahan atau pengurangan ahli keluarga.

Perubahan turut boleh berlaku apabila anak KIR berpindah keluar selepas berkahwin atau memperoleh pekerjaan.

Justeru,beliau menegaskan kejayaan menoktahkan miskin tegar tidak bermakna usaha membasmi kemiskinan telah selesai.

“Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan,agensi bantuan,pihak berkuasa tempatan,wakil rakyat dan pemimpin masyarakat bagi memastikan keluarga yang masih berada dalam kategori miskin atau kembali berdepan kemiskinan terus dibantu mengikut keperluan,” katanya.

Beliau menegaskan matlamat kerajaan bukan sekadar mengeluarkan rakyat daripada status kemiskinan,tetapi memastikan mereka mampu berdikari,mempunyai sumber pendapatan lebih kukuh dan menikmati kehidupan lebih sejahtera.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap