2026-08-18 HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,18 Ogos– Siasatan berkaitan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) tidak terbatas kepada tempoh ditetapkan,sebaliknya melangkaui sebelum dan selepas waktu berkenaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Terdahulu,beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencadangkan RCI baharu dibuat bagi tempoh 2021 hingga 2025 kerana siasatan sedia ada hanya meliputi dari 2014 hingga 2020.
Mereka berpandangan RCI baharu itu perlu dibuat bagi menyiasat pengurusan TH dan pihak bertanggungjawab terhadap masalah kewangan serta pengurusan institusi itu.
Dalam pada itu,Perdana Menteri berkata kerajaan terbuka mengkaji cadangan menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menambah baik sistem percukaian negara ke arah yang lebih progresif.
Perdana Menteri berkata,SST akan kekal sebagai asas sistem percukaian negara,namun kerajaan bersedia meneliti sebarang cadangan penyesuaian.
Beliau tidak menolak kemungkinan menerima pakai beberapa ciri GST yang bersesuaian bagi mewujudkan sistem percukaian lebih cekap dan berkesan.
“Mengenai GST,SST kita terbuka untuk kaji,untuk perbaiki sistem percukaian tapi kalau nak bercakap pasal GST sahaja,saya punya kebimbangan,seperti yang saya lahirkan berulang kali,ini nak cukai rakyat.
“Maknanya orang yang tak pernah bayar cukai,mesti bayar. Mana kita nak jawab dalam keadaan sekarang? Dengan kos sara hidup,beban rakyat. Sebab itu kita guna pangkal SST,tetapi kalau ada beberapa penyesuaian,boleh kita lakukan,” katanya lagi.
Tambah beliau,kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang langkah yang boleh menyebabkan rakyat dikenakan cukai secara menyeluruh,khususnya ketika berdepan tekanan kos sara hidup.
Justeru,kerajaan akan terus meneliti ruang penambahbaikan terhadap SST,termasuk mempertimbangkan ciri tertentu daripada GST yang bersesuaian,tanpa menambah beban rakyat.
Ditanya mengenai perancangan khusus untuk golongan M40 dalam Belanjawan 2027,Datuk Seri Anwar berkata,kerajaan telah menyenaraikan beberapa keutamaan bagi meringankan beban golongan berkenaan.
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18