2026-08-18 HaiPress

Foto RTM
PUTRAJAYA,18 Ogos– Pelan komprehensif bagi menambah baik kawalan keselamatan di pintu masuk negara akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tambahnya,langkah itu dirangka susulan kebimbangan kerajaan terhadap beberapa insiden keselamatan membabitkan pintu masuk negara,termasuk kes penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia membabitkan dadah dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta,baru-baru ini.
Pelan berkenaan juga dibuat dengan menggabungkan kepakaran dan pengalaman pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri,Kementerian Pengangkutan serta agensi berkaitan.
Jelasnya,pendekatan itu penting bagi mengenal pasti kelemahan secara menyeluruh dan memastikan insiden yang boleh menjejaskan imej negara tidak berulang.
Mengulas mengenai penahanan juruterbang terbabit,Datuk Seri Saifuddin memaklumkan,Polis Diraja Malaysia turut mendapat kerjasama baik daripada pihak berkuasa Indonesia dalam siasatan kes berkenaan.
Katanya,keterangan suspek yang diperoleh pihak berkuasa akan membantu siasatan,termasuk menentukan sama ada kes berkenaan mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket antarabangsa atau dilakukan secara bersendirian.
Maklumat itu juga penting bagi mengenal pasti sebarang kelemahan dalam kawalan di pintu keluar dan masuk negara.
Terdahulu,media melaporkan seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia bulan lalu,selepas disyaki membawa kira-kira 25 kilogram dadah ke negara berkenaan.
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18
08-18