Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

Pengawal selia tunggal TH, berpotensi jadi sistem amaran awal risiko tadbir urus

2026-08-18 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,18 Ogos – Cadangan mewujudkan pengawal selia tunggal bagi institusi bukan bank seperti Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar badan pemantau tetapi berpotensi menjadi sistem amaran awal untuk mengesan risiko tadbir urus sebelum menjadi lebih serius.

RINGKASAN BERITA AI

Sebaliknya,data yang dikumpulkan secara bersepadu boleh digunakan untuk mengenal pasti tanda-tanda awal seperti kelemahan kawalan dalaman,konflik kepentingan,masalah kecairan atau keputusan pelaburan yang tidak selari dengan mandat institusi.

Tambah Dr. Umi Hamidaton,pendekatan itu penting bagi TH kerana institusi berkenaan mengurus dana yang melibatkan kepentingan dan kepercayaan orang ramai.

Bagaimanapun,beliau mengingatkan penubuhan pengawal selia tunggal tidak bermaksud semua kuasa perlu dihimpunkan tanpa batas dalam satu badan.

“Oleh itu sama ada kita sedar atau tidak mekanisme yang lebih sesuai ialah mewujudkan satu kerangka pengawasan bersepadu dengan pembahagian kuasa yang lebih jelas dan juga pengawasan berasaskan risiko,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap