Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

375 unit JEBAT F29 perkasa kawalan sempadan negara

2026-08-19 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,19 Ogos – Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal diperkasa dengan penggunaan 375 unit ‘All Terrain Tactical Assault E-Bike’ (ATEB) bagi meningkatkan keupayaan rondaan dan kawalan keselamatan di kawasan sempadan negara.

RINGKASAN BERITA AI

Tan Sri Mohd Khalid berkata,aset berkenaan akan memberi nilai tambah kepada operasi PGA,khususnya dalam menghadapi bentuk muka bumi yang mencabar serta keperluan rondaan yang memerlukan mobiliti lebih fleksibel.

Dalam perkembangan lain,Tan Sri Mohd Khalid turut mengulas laporan media antarabangsa mengenai penahanan 258 warga asing oleh pihak berkuasa Pakistan susulan serbuan ke atas sebuah pusat panggilan yang disyaki menjalankan kegiatan penipuan di Islamabad.

Beliau berkata PDRM masih belum dapat mengesahkan jumlah rakyat Malaysia yang ditahan,namun pasukan penyiasat telah dihantar ke Islamabad bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.



“Saya belum dapat pastikan jumlah sebenar tapi saya percaya la sebab apabila tangkapan ‘scammer’ ni selalunya jumlah agak besar.“Masih di peringkat awal untuk saya komen dan kita telah hantar pasukan kita untuk menjalankan siasatan dan insya-Allah pihak JSJK akan memberikan komen lanjut,” katanya.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap