2026-08-19 HaiPress

Foto KPM
KUALA LUMPUR,19 Ogos – Sejumlah RM807.5 juta diperuntukkan bagi 681 projek pembinaan 2,102 bilik darjah tambahan di sekolah seluruh negara bagi memenuhi keperluan tambahan murid tahun satu sesi Kalendar Akademik 2027.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Projek ini adalah cerminan komitmen jitu kerajaan terhadap agenda pendidikan negara dan bagi memastikan pelaksanaan kemasukan murid umur enam tahun ke Tahun 1 berjalan lancar seperti yang dirancang,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu,KPM menerusi JKR Sarawak melaksanakan 84 projek membabitkan pembinaan 210 bilik darjah tambahan dengan anggaran kos RM81.5 juta.
Ia merangkumi 140 bilik darjah aliran perdana dan 70 bilik darjah PPKI bagi menampung pertambahan 4,900 murid aliran perdana serta 700 murid PPKI.
Di Sabah pula,sebanyak 73 projek dilaksanakan membabitkan pembinaan 112 bilik darjah tambahan,terdiri daripada 92 bilik darjah aliran perdana dan 20 bilik darjah PPKI dengan anggaran kos RM58 juta.
Projek berkenaan dijangka dapat menampung pertambahan 3,920 murid aliran perdana dan 200 murid PPKI.
Menurut KPM,beberapa projek juga berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mas,SK Banggol Peradong dan SK Kampong Tengah di Terengganu.
Projek-projek lain dijangka siap sepenuhnya secara berperingkat menjelang Disember depan bagi memastikan sekolah bersedia menerima pertambahan murid Tahun 1 pada sesi akademik akan datang.
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19