2026-08-06 HaiPress

Ketua Pusat Advokasi dan Resolusi Pertikaian,Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM),Mimi Sintian Mohd Bajury / Foto RTM
KUALA LUMPUR,6 Ogos – Rakyat Malaysia yang berhasrat melancong,bekerja atau melanjutkan pengajian ke luar negara dinasihatkan supaya tidak mengambil ringan aspek perundangan negara yang dikunjungi bagi mengelakkan berdepan implikasi undang-undang.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurutnya,setiap individu perlu memastikan semua dokumen seperti pasport,visa dan permit sentiasa sah serta elakkan daripada tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
Selain itu,media sosial juga perlu digunakan secara berhemah kerana kandungan yang dimuat naik boleh membawa implikasi undang-undang.
Beliau berkata,rakyat Malaysia yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan jenayah di luar negara tertakluk kepada undang-undang negara tempat kesalahan itu didakwa berlaku berdasarkan prinsip kedaulatan negara atau bidang kuasa wilayah.
Jelasnya,prinsip tersebut memberi kuasa penuh kepada sesebuah negara untuk menggubal,melaksanakan serta menguatkuasakan undang-undang terhadap semua individu,harta benda dan kes jenayah atau sivil yang berlaku dalam wilayahnya.
Bagaimanapun,Mimi Sintian berkata,individu yang ditahan masih mempunyai hak asasi yang dilindungi undang-undang negara berkenaan.
Antara hak tersebut termasuk hak untuk mengetahui pertuduhan yang dikenakan,mendapatkan perbicaraan yang adil,memperoleh khidmat peguam serta membela diri mengikut prosedur perundangan negara terbabit.
Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa menghormati undang-undang negara asing dan mendapatkan maklumat berkaitan sebelum melakukan perjalanan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mereka terus terjamin.
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06