Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

Penganjur bertanggungjawab pastikan himpunan permotoran selamat, patuhi peraturan – Pakar

2026-08-06 HaiPress

Foto Official RXZ Members Facebook

KUALA LUMPUR,6 Ogos – Pihak penganjur bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan setiap himpunan permotoran dilaksanakan secara selamat,teratur dan mematuhi peraturan jalan raya sekali gus dapat menjamin keselamatan peserta dan pengguna jalan raya.

RINGKASAN BERITA AI

Justeru beliau mencadangkan supaya penganjur menyediakan prosedur keselamatan yang lebih komprehensif.

“Ia termasuk menambah bilangan marsyal,memperkukuh sistem komunikasi,mendapatkan kerjasama pihak berkuasa berkaitan bagi merancang pengurusan trafik dengan lebih teraturm,” jelasnya lagi.

Selain itu,Profesor Madya Dr Law mengakui bahawa setiap peserta bertanggungjawab terhadap cara pemanduan masing-masing namun,penganjur tetap memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko kemalangan.

“Usaha ini boleh dilaksanakan menerusi perancangan yang sistematik,penyelarasan yang berkesan serta pemantauan berterusan sepanjang perhimpunan berlangsung.

“Ia sekali gus mengelakkan risiko utama seperti pelanggaran sesama peserta,kemalangan yang melibatkan pengguna jalan raya lain,gangguan aliran trafik,tingkah laku pemanduan berisiko,keadaan jalan yang tidak sesuai,cuaca buruk serta kelewatan tindakan ketika kecemasan,” katanya lagi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap