2026-08-06 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat,kiri) yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merasmikan buku “Menjulang DESA Menggalas Amanah Negara” pada Majlis Perhimpunan Bulan Ogos Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah / Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,6 Ogos – Penjawat awam perlu mengekalkan profesionalisme dan berkecuali dalam melaksanakan tugas,tanpa dipengaruhi oleh sebarang unsur politik dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,kata Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan Ogos Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini,hari ini.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata,penjawat awam memainkan peranan penting dalam memastikan dasar kerajaan dapat diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.
Menurut beliau,pemahaman terhadap perkembangan politik semasa dapat membantu penjawat awam memahami rasional sesuatu dasar,namun pelaksanaan tugas mesti kekal berlandaskan prinsip neutraliti dan kepentingan rakyat.
Sehubungan itu,beliau mengingatkan penjawat awam supaya terus menjalankan tanggungjawab secara profesional,berintegriti dan tidak dipengaruhi kepentingan politik ketika melaksanakan amanah yang diberikan.
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06
08-06