Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

Dinamika politik negeri tidak jejas kestabilan Kerajaan Perpaduan Persekutuan – TPM Zahid

2026-08-06 HaiPress

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulan Ogos kementerian/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,6 Ogos – Persaingan politik di peringkat negeri tidak akan menjejaskan kestabilan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan,yang akan terus memberi tumpuan kepada pentadbiran dan pelaksanaan amanah kepada rakyat sehingga Parlimen dibubarkan.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini,hari ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata,walaupun aspek politik memainkan peranan dalam membentuk mandat sesebuah kerajaan,perkhidmatan awam perlu terus berpaksikan kepentingan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan yang berintegriti.

Menurut beliau,fokus utama kerajaan adalah memastikan dasar yang dirangka mampu membawa perubahan nyata,termasuk meningkatkan peluang ekonomi dan kesejahteraan masyarakat,khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau turut menekankan keperluan semua pihak dalam pentadbiran untuk terus bekerja secara berkesan dan mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan menerusi hasil serta impak yang dapat dilihat.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos lepas menyaksikan BN bersama Perikatan Nasional (PN) menerajui Kerajaan Negeri Sembilan selepas meraih kemenangan dua pertiga.

Kerajaan Perpaduan ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 apabila tiada mana-mana gabungan politik memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap