Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kadar jangka pendek dijangka stabil berikutan operasi BNM

2024-12-05 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,5 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.18 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.86 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik terdiri daripada RM3 bilion untuk tujuh hari dan RM1 bilion untuk 34 hari.

Ia akan turut melaksanakan tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM25.4 bilion.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap