2024-11-27 HaiPress
Permintaan global terhadap profesional kewangan Islam mahir terus meningkat seiring pertumbuhan pesat dan cabaran baharu dalam industri / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,27 November – Permintaan global terhadap profesional kewangan Islam mahir terus meningkat seiring pertumbuhan pesat dan cabaran baharu dalam industri.
Institut Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIIF) berpandangan keperluan itu didorong oleh tekanan inflasi,perubahan sektor perbankan,serta kemajuan teknologi dan pendigitalan.
Kemasukan tenaga kerja baharu juga penting untuk memenuhi keperluan penyelesaian kewangan beretika dan mampan yang ditawarkan kewangan Islam.
Tahun lalu,jumlah aset dalam Industri Perkhidmatan Kewangan Islam Global mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak empat peratus,mencapai AS$3.38 trilion.
CIIF,yang ditubuhkan pada 2015,terus komited melahirkan lebih ramai profesional kewangan Islam. Terbaharu,seramai 100 individu telah dianugerahkan Ahli Bertauliah dalam Majlis Penganugerahan Ke-3 CIIF.
Setakat ini,CIIF mempunyai 1,541 ahli di seluruh dunia,menjadikannya badan profesional utama untuk pengamal bertauliah dalam industri kewangan Islam.
CIIF percaya tenaga kerja baharu yang berkemahiran tinggi akan terus memacu kemajuan industri kewangan Islam,selari dengan keperluan global yang semakin mencabar.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20