2024-08-07 berita.rtm.gov.myHaiPress
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu,disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,7 Ogos - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu,disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai semasa dianggarkan berjumlah RM31.87 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.78 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM1.6 bilion bagi 33 hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4 petang,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM33.5 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM22 bilion.-BERNAMA
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20