Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

PM arah tindakan segera bantu rakyat Malaysia terjejas banjir di Nepal

2026-08-27 HaiPress

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR,27 Ogos – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar segera menyelaras usaha mengenal pasti serta membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir besar di Nepal.

RINGKASAN BERITA AI

Sebelum ini,Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Malaysia di Kathmandu menerima laporan kehilangan komunikasi dengan 11 rakyat Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa,antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.

Bagaimanapun,perkembangan terbaharu menunjukkan jumlah rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi mungkin lebih tinggi,dengan Kedutaan Malaysia di Kathmandu terus mengumpulkan maklumat daripada keluarga dan pihak berkaitan.

Akses jalan raya ke beberapa kawasan terjejas turut terputus atau terganggu akibat banjir Sungai Bhote Koshi,manakala kerosakan infrastruktur komunikasi menyukarkan usaha mendapatkan maklumat mengenai mereka yang terputus hubungan.

Banjir berkenaan turut mengorbankan lebih 160 orang,manakala ratusan lagi termasuk pelancong dan anggota keselamatan Nepal masih belum diketahui nasib mereka.

Dalam pada itu,Kedutaan Malaysia di Kathmandu sebelum ini meminta rakyat Malaysia yang cuba mengesan ahli keluarga atau rakan mereka supaya mengemukakan butiran pasport dan maklumat perjalanan kepada kedutaan bagi tujuan penyelarasan.

Perdana Menteri menegaskan,kerajaan akan terus menggunakan semua saluran berkaitan bagi memastikan usaha mengenal pasti dan membantu rakyat Malaysia di Nepal dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap