Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

PM gesa birokrasi lama tidak halang pembangunan AI negara

2026-08-27 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,27 Ogos – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa birokrasi lama tidak menjadi penghalang kepada usaha negara mempercepat pembangunan kecerdasan buatan (AI),terutama dalam sektor pendidikan tinggi.

RINGKASAN BERITA AI

Jelas Perdana Menteri,pendekatan pantas itu amat penting khususnya dalam bidang inovasi dan pengkomersialan kerana negara tidak boleh lagi bergerak mengikut prosedur birokrasi lama.

“Mana boleh kita ikut birokrasi lama,tak mungkin,” katanya.

Beliau berkata,negara juga tidak boleh menunggu keseluruhan sistem dan kurikulum pendidikan dirombak sebelum memperkenalkan bidang teknologi baharu seperti AI dan pengkomputeran kuantum.

Perdana Menteri turut menggesa Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus meneroka pendekatan baharu bagi mempercepat pembangunan sains,teknologi dan inovasi negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap