2026-07-01 HaiPress

BHPetrol dan MARA Inc. melancarkan projek pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) secara berperingkat di 50 stesen BHPetrol di sekitar Lembah Klang
KUALA LUMPUR,1 Julai–Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) dan MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA Inc.) melancarkan projek pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) secara berperingkat di 50 stesen BHPetrol di sekitar Lembah Klang yang dijadual beroperasi sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol,Fardzi Shah Razali berkata,BHPetrol memiliki lebih 420 stesen minyak di seluruh Semenanjung Malaysia namun tidak semua lokasi sesuai dipasang sistem solar berikutan faktor persekitaran dan kesesuaian tapak.
“Stesen-stesen ini mempunyai kawasan yang lapang dan menerima pencahayaan matahari yang mencukupi. Namun,terdapat juga beberapa stesen yang terletak di kawasan terlindung,khususnya di kawasan bandar serta berhampiran kondominium dan bangunan tinggi.
“Keadaan itu menyebabkan stesen berkenaan kurang sesuai untuk pelaksanaan inisiatif tersebut. Ketika ini,pihak kami masih dalam perbincangan. Sekiranya mencapai persetujuan bersama Mara Inc. atau mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan,usaha kelestarian ini akan diteruskan dan diperluaskan ke semua 420 stesen sedia ada,” katanya lagi.
Sehingga Julai 2026,sebanyak 16 stesen BHPetrol telah dilengkapi sistem solar PV dan kini beroperasi sepenuhnya. Pelaksanaan pemasangan di 34 lagi stesen akan diteruskan secara berperingkat sehingga keseluruhan projek mencapai sasaran yang ditetapkan.
06-30
06-30
06-30
06-30
06-30
06-30
06-30
06-30
06-30
06-30