Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

Gempa kuat gegar Venezuela, bangunan runtuh, USGS bimbang korban tinggi

2026-06-25 HaiPress

Pihak berkuasa Venezuela setakat ini masih belum mengeluarkan angka rasmi mengenai jumlah mangsa yang terkorban atau cedera./ REUTERS

CARACAS,25 Jun – Beberapa gempa bumi kuat melanda kawasan barat ibu negara Venezuela pada Rabu petang,mengakibatkan bangunan runtuh di Caracas,memerangkap penduduk di bawah timbunan runtuhan serta mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya korban jiwa yang tinggi dan kemusnahan meluas di negara Amerika Selatan itu.

RINGKASAN BERITA AI

Menteri Dalam Negeri,Diosdado Cabello,berkata beberapa bangunan kediaman dan rumah runtuh akibat gempa itu,manakala semua agensi keselamatan,bomba dan polis telah digerakkan bagi membantu operasi menyelamat.

Di Chacao,sebuah daerah di timur Caracas,Datuk Bandar Gustavo Duque memaklumkan dua bangunan runtuh,menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang cedera serta mengorbankan beberapa mangsa,namun tidak mendedahkan jumlah kematian.

“Kami akan melakukan segala yang termampu untuk menyelamatkan seramai mungkin mangsa,” katanya.

Gempa berlaku ketika kebanyakan rakyat Venezuela berada di rumah sempena cuti umum bagi memperingati kemenangan ketenteraan pada tahun 1821,yang menjadi titik penting kepada kemerdekaan negara itu daripada Sepanyol.

Di Hospital de Clinicas di Caracas,kakitangan diminta menggandakan syif malam bagi merawat mangsa yang cedera,walaupun bangunan hospital tersebut turut terjejas akibat gempa kuat tersebut.

Rakaman yang tular di media sosial turut menunjukkan kerosakan ketara di lapangan terbang utama Venezuela,selain laporan mengenai bangunan runtuh di bandar pesisir pantai La Guaira berhampiran Caracas.

Bagaimanapun,Reuters belum dapat mengesahkan kesahihan rakaman berkenaan.

Beberapa pihak berkuasa tempatan di Caracas turut membatalkan sesi persekolahan dan acara awam sehingga Isnin bagi membolehkan penilaian kerosakan dijalankan. Sementara itu,Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat pada mulanya mengeluarkan amaran ancaman tsunami membabitkan Puerto Rico serta Kepulauan Virgin Amerika Syarikat dan British.

Ombak berbahaya turut dijangka menjejaskan Aruba,Curacao dan Bonaire. Bagaimanapun,amaran itu ditarik balik kira-kira sejam kemudian.

Venezuela terletak di kawasan yang aktif secara seismik,iaitu di sempadan pertembungan Plat Caribbean dan Plat Amerika Selatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap