Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

Peminat Malaysia teruja nantikan Piala Dunia

2026-06-10 HaiPress

Trofi Piala Dunia FIFA/ AFP

KUANTAN,10 Jun – Kehangatan Piala Dunia FIFA 2026 semakin dirasai apabila kesemua kesemua 104 perlawanan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu akan disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV.

RINGKASAN BERITA AI

Bagi penjawat awam,Muhammad Syakir A. Ghani,platform tersebut bukan sahaja memudahkan tontonan,malah membolehkan beliau meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

“Rata-rata rakyat Malaysia memang peminat bola sepak. Dengan adanya RTM,kita dapat meluangkan masa bersama keluarga dan pada masa sama menjimatkan masa untuk mengikuti perlawanan,” katanya.

Sementara itu,tukang emas,Muhammad Khadir Abdul Aziz berkata siaran percuma yang ditawarkan kerajaan membolehkan peminat menikmati perlawanan dengan lebih selesa tanpa perlu keluar ke premis makanan atau lokasi lain.

“Sekarang kerajaan sudah sediakan siaran percuma,jadi bolehlah menonton di rumah sahaja. Tidak perlu pergi ke kedai makan atau tempat lain untuk menonton. Semuanya mudah alih dan boleh ditonton bersama isteri melalui telefon pintar,” katanya.

Bagi penghantar makanan,Mohamad Daniel Haikal Hassan pula,peluang menyaksikan kejohanan terbesar bola sepak dunia secara percuma dan peluang tersebut membuatkan keterujaan untuk mengikuti setiap aksi perlawanan.

“Piala Dunia ialah kejohanan yang dinantikan oleh seluruh dunia. Saya rasa sangat berbangga kerana dapat menontonnya secara percuma menerusi TV1 dan TV2,” katanya.

Piala Dunia FIFA 2026 dijadualkan berlangsung bermula 11 Jun hingga 19 Julai 2026,dengan format baharu melibatkan 48 pasukan dan 104 perlawanan


keseluruhan merentasi 16 lokasi di tiga negara.

Penyiaran menerusi RTM dan Unifi TV dijangka


terus menyemarakkan bahang bola sepak dunia dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang sepak mula kejohanan tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap