
Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,20 Mei – Inisiatif Skim Simen RAHMAH diteruskan tahun ini dengan 1.6 juta tan metrik simen diperuntuk bagi menyokong sasaran penyediaan 500,000 unit pembinaan rumah mampu milik (RMM) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),Nga Kor Ming,skim berkenaan menawarkan simen pada harga lebih rendah berbanding harga di pasaran.RINGKASAN BERITA AI−Menurutnya lagi,melalui skim ini,harga simen pukal akan ditawarkan pada harga RM290 per tan berbanding RM420 di pasaran.Manakala simen kampit 50 kilogram pula ditetapkan pada harga RM17.50 berbanding pasaran RM24.90.Nga turut menekankan,tindakan tegas akan diambil sekiranya ada pihak yang menyalahgunakan subsidi berkenaan.“Kami tidak mahu berlaku penyelewengan seperti menjual semula simen subsidi ini kepada pihak ketiga.Jika didapati ada pemaju melakukan hal sedemikian,saya akan menggunakan kuasa saya untuk menyenarai hitamkan pemaju dan kontraktor tersebut seumur hidup,” tegasnya.Tambahnya lagi,Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang memberikan subsidi simen seperti ini.Simen RAHMAH mula diperkenalkan pada tahun 2023 telah berjaya dimanfaatkan oleh 11,999 unit RMM.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.