Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

JPS perkukuh amaran awal banjir, maklumat dikemas kini setiap 15 Minit

2025-12-02 HaiPress

Timbalan Pengarah (Operasi) Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara JPS,Ir. Dr. Salwa Ramly

KUALA LUMPUR,2 Disember - Sebanyak 58 hebahan jangkaan awal banjir dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kepada 77 buah daerah di seluruh negara dalam tempoh dua minggu ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS,Ir. Dr. Salwa Ramly menyifatkan,ia sebagai pencapaian terbaik dan proaktif bagi memastikan keselamatan rakyat.

Selain,memastikan kesiapsiagaan agensi penyelamat serta penduduk di kawasan berisiko banjir.

“Di Pusat Ramalan-Amaran Banjir Negara,kami mempunyai sistem yang boleh membuat ramalan sehingga tujuh hari ke hadapan dan mengeluarkan amaran seawal dua hari.

" Amaran ini disalurkan kepada kumpulan sasaran di daerah yang berisiko supaya rakyat lebih cakna dan bersedia menghadapi situasi semasa,” katanya kepada pemberita selepas sesi temubual di program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Tambah beliau,ramalan banjir turut boleh diakses secara terus oleh orang ramai melalui aplikasi MyPublicInfoBanjir serta melalui portal Public Info Banjir,dengan maklumat yang dikemas kini setiap 15 minit.

“Dengan sistem ini,agensi penyelamat dapat membuat persediaan awal bagi operasi menyelamat dan pemindahan," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap