2025-11-21 HaiPress

Prestasi pengeluaran CPO yang lebih baik,didorong harga pasaran yang kekal kukuh.
KUALA LUMPUR,21 November - Pengeluaran minyak sawit Malaysia bagi 2025 diunjurkan sebanyak 19.5 juta tan,melepasi jumlah 19.3 juta tan pengeluaran tahun lalu.
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata anggaran awal tahun ini menunjukkan prestasi pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) yang lebih baik,didorong harga pasaran yang kekal kukuh.
“Setakat ini,harga adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu. Berdasarkan pengeluaran dan harga semasa,eksport kita juga berkemungkinan lebih tinggi.”
"Bukan itu sahaja,industri ini menyokong ratusan ribu peluang pekerjaan,menyediakan sumber pendapatan kepada pekebun kecil,serta meningkatkan taraf sosioekonomi di kebanyakan kawasan luar bandar," katanya pada Persidangan Antarabangsa mengenai Perlindungan Sawit (I-COPP) di ibu negara.
Tambahnya,data penuh eksport akan diumumkan Januari depan semasa Persidangan Kajian dan Prospek Tahunan MPOB mengenai Perlindungan Kelapa Sawit .
Walaupun prospek keseluruhan kekal positif,beliau mengakui industri masih berdepan cabaran yang memberi kesan kepada produktiviti.
Antara kebimbangan utama adalah kulat Ganoderma,selain penyakit tompok daun dan patogen baharu yang boleh menjejaskan hasil tanaman.
Justeru,persidangan kali ini memberi fokus terhadap perkembangan penyelidikan bagi mengatasi jangkitan Ganoderma yang merupakan ancaman utama terhadap pengeluaran sawit.
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21