2025-11-21 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines ketika dalam penerbangan dari Ethiopia ke Afrika Selatan/RTM
JOHANNESBURG,21 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal integriti dan konsistensi tindakan,termasuk melibatkan pegawai politik di dalam pentadbiran beliau sendiri.
Mengulas desakan agar beliau mengambil tindakan keras susulan penyebaran surat sokongan membabitkan seorang setiausaha politik dalam projek hospital,Perdana Menteri menjelaskan bahawa tindakan disiplin perlu berlandaskan proses yang sah dan tidak boleh dipengaruhi emosi atau tekanan politik.
Menurut beliau,walaupun tidak bersetuju dengan bentuk campur tangan yang dibuat,surat berkenaan tidak melanggar peraturan dengan jelas,dan kelulusan projek tidak pernah bergantung kepada surat sokongan tersebut kerana keputusan muktamad ditentukan oleh Ketua Setiausaha (KSU) yang memahami sepenuhnya aturan agihan perolehan.
Perdana Menteri berkata teguran tetap perlu dibuat terhadap mana-mana pegawai yang kurang berhati-hati,namun hukuman tidak boleh dijatuhkan sewenang-wenangnya tanpa melalui saluran yang betul.
“Kita tidak boleh keras kepada orang yang kita tidak setuju,dan lembut kepada orang yang bersama kita. Kita mesti konsisten,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli agar tindakan diambil,termasuk kemungkinan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),berhubung sepucuk surat sokongan yang dikeluarkan oleh seorang daripada setiausaha politiknya.
Dalam masa sama,Datuk Seri Anwar mengingatkan masyarakat serta pihak tertentu agar tidak memperbesarkan kes-kes kecil sehingga mengaburi kerosakan sebenar yang berlaku dalam kes berskala besar.
Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa seperti SPRM dan institusi penguatkuasaan lain perlu memberi tumpuan kepada kes besar yang melibatkan kerugian berbilion ringgit,bukan hanya terikut rentak polemik kecil.
"Kalau mahu tegas melawan rasuah,bertindaklah terhadap rasuah. Ada isu besar…berbilion ringgit hilang. Bagi saya,itu lebih serius. Kita biarkan berbilion ringgit diseleweng tetapi tumpu kepada perkara kecil,” kata beliaukepada media Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines ketika dalam penerbangan dari Ethiopia ke Afrika Selatan.
Jelas beliau,kerajaan tidak akan campur tangan dalam siasatan,namun setiap tindakan mesti berlandaskan bukti yang kukuh dan proses yang betul agar keyakinan rakyat terhadap institusi tidak terjejas.
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21
11-21