Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar

2025-10-29 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,28 Oktober - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa,disokong oleh perjanjian perdagangan AS-Malaysia baru-baru ini yang telah meningkatkan minat terhadap mata wang tempatan,kata seorang penganalisis.

Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2040/2140 berbanding dolar AS daripada 4.2080/2135 pada penutupan Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perjanjian ditandatangani itu dijangka memberi impak positif kepada ringgit berikutan Malaysia terus mengekalkan hubungan baik dengan negara asing.

"Dasar luar negara dan perdagangan secara konsisten menjurus ke arah menggalakkan integrasi global yang lebih besar terutamanya dalam bidang berkaitan rantaian bekalan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu,Mohd Afzanizam berkata indeks dolar AS menurun 0.17 peratus kepada 98.783 mata dalam persekitaran optimisme bahawa AS dan China akan mencapai perjanjian perdagangan yang baik menjelang pertemuan antara kedua-dua pemimpin pada hari Khamis ini.

Pada masa sama,jangkaan penurunan kadar faedah 25 mata asas oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Rabu turut menambah euforia dalam pasaran.

"Berikutan optimisme pasaran,ringgit diunjur melepasi paras RM4.20 hari ini," katanya.

Pada pembukaan,ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.7538/7606 daripada 2.7550/7582 ketika ditutup pada Isnin,meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6077/6211 daripada 5.6158/6225,bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.8981/9097 daripada 4.8974/9032.

Dalam pada itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Mata wang tempatan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2433/2513 daripada 3.2460/2502 ketika ditutup pada Isnin,menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 252.9/253.6 daripada 253.1/253.6 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 7.13/7.16 daripada 7.14/7.16 sebelumnya.

Bagaimanapun,ringgit turun berbanding baht Thailand kepada 12.8767/9145 daripada 12.8633/8837 ketika ditutup pada Isnin.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap