2025-10-27 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa anggota ASEAN Plus Three (APT) agar memperkukuh kesiapsiagaan serantau menerusi penubuhan Rizab Bekalan Perubatan bagi Kecemasan Kesihatan Awam (APTRMS)
Beliau berkata langkah kerjasama yang turut merangkumi China,Jepun dan Korea Selatan itu penting bagi memastikan rantau ini secara bersama lebih bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan kesihatan global.
"Kita perlu meneruskan usaha penubuhan APTRMS ini sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan rantau ini menghadapi sebarang kemungkinan krisis kesihatan pada masa hadapan.
"Kita juga perlu memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang,kemakmuran yang dikongsi secara menyeluruh serta kemajuan yang membawa kepada keamanan serta menumpukan kepada pembangunan golongan muda dan wanita agar mereka mampu menerajui masa depan yang mampan,inklusif dan saling terhubung," jelasnya dalam ucapan pembukaan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three ke-28,di sini.
Tambah Datuk Seri Anwar,pengalaman tiga dekad APT menunjukkan cabaran bersama mampu menjadi kekuatan bersama sambil menegaskan semangat kerjasama itu perlu digandakan bagi memastikan kestabilan serta kemakmuran rantau Asia Timur kekal utuh.
Sidang APT kali ini turut dihadiri Perdana Menteri China Li Qiang,Menteri Luar Jepun Motegi Toshimitsu,serta Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung dengan perbincangan tertumpu kepada kerjasama ekonomi,kesihatan awam,dan pembangunan inklusif.
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27