2025-10-27 HaiPress

Pengarah Urusan Kumpulan MAHB,Datuk Mohd Izani Ghani /Foto RTM
KOTA BHARU,27 Oktober – Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) merekodkan 1.3 juta penumpang sejak Januari lalu.
Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB),Datuk Mohd Izani Ghani,berkata jumlah itu meningkat sebanyak 122.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
“Peningkatan jumlah penumpang ini menunjukkan pertumbuhan luar biasa dalam permintaan perjalanan udara ke Kota Bharu.
"LTSIP kini bukan sekadar pintu masuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang,tetapi juga menjadi nadi penting pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di Pantai Timur,” katanya pada majlis pemerkasaan dan pemuliharaan rebana ubi serta penerbangan sulung Scoot di sini,malam tadi.
Mengulas mengenai penerbangan sulung itu,Mohd Izani berkata laluan terus Singapura–Kota Bharu yang dikendalikan oleh Scoot membawa 50 penumpang.
Ia beroperasi dua kali seminggu,iaitu pada Jumaat dan Ahad,dengan tempoh perjalanan satu jam 15 minit.
MAHB mengalu-alukan lebih banyak penerbangan antarabangsa ke Kota Bharu,sekali gus memperkukuh usaha mempromosikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan utama.
“Kita lihat sambutan awal amat menggalakkan. Dengan kemudahan baharu di lapangan terbang ini,kita yakin mampu menampung pertambahan kedatangan pelancong.
Sekiranya laluan Singapura–Kota Bharu terus mendapat sambutan,laluan baharu ke Bangkok (Thailand) atau Jakarta (Indonesia) boleh dipertimbangkan,” katanya.
Tambahnya,MAHB turut berhasrat menjalin kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi berkaitan bagi merancakkan lagi sektor pelancongan,khususnya di Kelantan.
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27
10-27