Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

MOT galak kerjasama swasta bina perhentian bas

2025-10-27 HaiPress

Gambar hiasan/Foto RapidKL

KUALA LUMPUR,27 Oktober - Kementerian Pengangkutan (MOT) komited memperkasa ekosistem pengangkutan awam negara dengan pendekatan lebih menyeluruh melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menterinya,Anthony Loke berkata,pelaksanaan inisiatif berkenaan perlu disokong oleh semua pihak termasuk PBT bagi memastikan kemudahan asas seperti perhentian bas dapat disediakan secara lebih meluas dan efisien.

“Kita (MOT) ada kekangan dari segi peruntukan dan sumber seperti perhentian bas umpamanya. Ia memerlukan kerjasama PBT. Kalau ada PBT seperti majlis bandaraya boleh sediakan tapak dan peruntukan perhentian bas,ia sangat membantu,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau,MOT turut menggalakkan model kerjasama dengan pihak swasta dalam pembinaan perhentian bas sebagai langkah memperluas capaian kemudahan kepada orang ramai.

“Perhentian bas tidak semestinya dibina oleh kerajaan atau PBT sahaja. MOT sedang merangka satu program supaya syarikat-syarikat swasta boleh ‘adopt’ perhentian bas ini,” katanya sambil menambah syarikat yang terlibat akan diberikan hak untuk memaparkan iklan mereka di lokasi berkenaan.

Anthony berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Melaka,Khoo Poay Tiong,berhubung langkah kementerian memastikan lebih banyak perhentian bas dibina bagi meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam di seluruh negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap