2025-10-17 HaiPress
Rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu Singapura juga layak menikmati subsidi BUDI95 /BERNAMA
JOHOR BAHRU,17 Oktober- Rakyat Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Singapura (LMS) meluahkan kelegaan apabila permohonan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dibuka bagi membolehkan mereka turut menikmati manfaat subsidi.
Pemandu bas sebuah syarikat pengangkutan di republik itu,Mohd Nasir Mokhtar,44,berkata setakat ini,tiada masalah yang dihadapi untuk mengakses pautan permohonan di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Mohd Nasir berkata mekanisme yang disediakan kerajaan itu memudahkan mereka untuk membuat permohonan.
Bagaimanapun,pemohon lain dinasihati supaya menyemak dengan teliti dan memastikan kesemua maklumat diisi dengan betul sebelum menekan butang hantaran.
"Pagi ini baru sempat hendak buka laman JPJ untuk buat permohonan,proses lancar,rakan-rakan pun bantu," katanya yang sudah lebih dua tahun bekerja sebagai pemandu bas ketika ditemui Bernama,di sini hari ini.
Mohd Hizwan Jaafar,35,pula berkata sistem permohonan yang disediakan dilihat mesra pengguna dan mudah untuk difahami.
"Saya harap lulus permohonan dan penerima boleh nikmati manfaat tanpa tunggu lama,” katanya yang enam tahun bekerja sebagai pemandu bas.
Mohamad Yusof,38,yang juga bekerja sebagai pemandu bas berkata langkah yang disediakan kerajaan dapat memastikan tiada isu keciciran berlaku.
"Langkah kerajaan ini bagus dan cepat,dengan ini rakyat yang layak dapat guna subsidi dan tidak ada yang tercicir," katanya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui JPJ membuka laman web khas mulai semalam bagi memudahkan rakyat Malaysia yang menggunakan LMS memohon BUDI95.
Beliau berkata ia bagi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura,tetapi terpaksa menggunakan lesen memandu republik itu untuk tujuan pekerjaan,khususnya dalam sektor perkhidmatan seperti pemandu bas,pemandu perkhidmatan sokongan dan pekerja operasi.
Laman web berkenaan boleh diakses di www.BUD195lesensG.jpj.gov.my,manakala status kelayakan boleh disemak selepas 14 hari melalui portal rasmi www.budi95.gov.my. -BERNAMA
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17