Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Pulau Pinang fokus pembangunan infrastrukur asas luar bandar

2025-10-13 HaiPress

Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow meninjau projek naik taraf persimpangan Jalan Sungai Acheh - Sungai Chenaam yang baharu siap / Foto RTM

NIBONG TEBAL,12 Oktober - Pulau Pinang komited dalam memastikan pembangunan luar bandar di negeri itu,khususnya melibatkan kemudahan infrastruktur asas.

Ini dibuktikan melalui projek naik taraf persimpangan Jalan Sungai Acheh - Sungai Chenaam dengan peruntukan RM1.7 juta yang baharu siap.

Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow berkata,penaiktarafan tersebut diharap dapat mengurangkan risiko kemalangan yang kerap berlaku di kawasan berkenaan.

Jelasnya,projek itu terpaksa mengambil masa selama setahun untuk disiapkan kerana melibatkan peruntukan berwajib bagi tempoh dua tahun kalender belanjawan negeri.

"Di Pulau Pinang,kita cuba jadual pelaksanaan mengikut kalendar bajet. Kalau satu projek mungkin melibatkan RM2 juta atau RM3 juta,kita akan peruntukkan RM1.5 juta tahun ini. Manakala,RM1.5 juta tahun depan supaya dapat diagihkan kepada banyak lagi agensi. Tiga enam bulan boleh siap tapi mengapa melangkaui dua tahun kalendar? Itu sebab kita perlu agihkan peruntukan mengikut kemampuan kita," kata beliau.

Kon Yeow berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian projek tersebut di sini,hari ini.

Hadir sama,Exco Perdagangan,Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar,Datuk Rashidi Zinol dan Exco Infrastruktur,Pengangkutan dan Digital,Zairil Khir Johari.

Projek pembangunan di Sungai Acheh akan diteruskan dengan projek pembinaan Perumahan Mampu Milik (RMM) Sungai Chenaam serta pembinaan kompleks gerai baharu di Pekan Sungai Acheh yang moden dan kondusif bagi merancakkan ekonomi setempat.

Sementara itu,penduduk menyifatkan projek penaiktarafan jalan tersebut sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan isu rakyat.

Muhamad Yazid Ahmad ditemui RTM menyuarakan rasa gembira dengan infrastruktur yang disediakan.

"Saya sebagai wakil penduduk rasa gembira lah,rasa seronok dengan keluasan jalan yang baru ni. Yang jalan agak lama,agak orang kata apa,memang sering berlaku kemalangan. Bila dapat jalan yang baru ni,yang lebar,bagi saya seronok sangat. Dan penduduk pun ada yang beritahu pun ada yang seronok,kan. Ada pelebaran jalan,ada penambahan apa,pembaikan infrastruktur lah di kawasan Sungai Chenaam ini,yang sekian lama dah. Untuk penduduk," ujarnya.

Seorang lagi penduduk,Zakaria Ismail pula mengucapkan rasa syukur dengan tindakan segera yang diambil kerajaan negeri.

"Bersyukurlah,pasal sebelum ni sempit. Kira laluan sebelum ini sukarlah. Kemalangan kerap berlaku. Lepas yang dilebarkan,kira tiada masalah dah. Dulu malam-malam,kerap kedengaran bunyi macam orang jatuh dalam parit ke apa semua. Sekarang ini alhamdulillah tak ada dah masalah," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap