2025-10-11 HaiPress
Foto BERNAMA
SUNGAI PETANI,11 Oktober - Kementerian Pendidikan (KPM) telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera menyekat penyebaran video salah laku seksual berkaitan pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Melaka,baru-baru ini.
Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek berkata pihaknya turut mengarahkan Ketua Pengarah Pendidikan,Dr Mohd Azam Ahmad untuk memantau secara dekat dan meneruskan siasatan dalaman.
KPM tidak akan berkompromi dan akan melihat keseluruhan aspek perkara yang perlu ditangani termasuk aspek keselamatan dan tatakelola di sekolah tersebut.
"Kita cukup kesal dengan kejadian ini dan ambil perhatian penuh serius. Mangsa ketika ini sedang mendapatkan sokongan sosial dan rawatan di hospital.
"Manakala,daripada aspek keselamatan pula Dr. Azam sudah pun mengarahkan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka untuk mengambil tindakan segera memastikan semua sokongan dalam kalangan pelajar dan juga keselamatan dipertingkatkan. Ini termasuk memastikan semua anak-anak dan guru-guru diberi bimbingan segera," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baharu Sungai Lalang,di sini.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah dipercayai dirogol dua pelajar senior dalam kelasnya sendiri.
Kejadian itu turut dirakam dan disaksikan dua pelajar lain.
Kesemua suspek yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun itu direman hingga 16 Oktober ini.
Kes disiasat mengikutSeksyen 375B Kanun Keseksaan.
BERITA BERKAITAN:
Tiada kompromi terhadap salah laku seksual di sekolah Melaka - Fadhlina
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11