Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Belanjawan 2026: AIM sasar lahir lebih 32,000 usahawan baharu

2025-10-11 HaiPress

Foto Amanah Ikhtiar Malaysia

KUALA LUMPUR,11 Oktober - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yakin peruntukan sebanyak RM230 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 mampu melahirkan seramai 32,857 usahawan mikro baharu.

Pengarah Urusan AIM,Datuk Mohamed Shamir Abdul Aziz menyambut baik pengumuman berkenaan,selain menyifatkan ia satu kesinambungan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa ekonomi wanita B40.

Menurutnya,peruntukan besar itu akan digunakan secara strategik dan bersasar bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan mikro di seluruh negara.

“Kami menyasarkan seramai 32,857 usahawan baharu dapat dlahirkan dengan kemudahan pembiayaan berjumlah RM10,000 hingga RM30,000. Mereka juga dberi peluang membuat bayaran balik yang lebih fleksible iaitu sehingga tiga tahun",katanya menerusi satu kenyataan.

“Daripada jumlah keseluruhan,60 peratus akan disalurkan kepada wanita luar bandar,manakala 40 peratus diperuntukkan kepada golongan wanita miskin bandar.

AIM akan memastikan peluang pembiayaan ini benar-benar sampai kepada kumpulan sasar,sekali gus dapat menjana pendapatan dan mengubah taraf hidup keluarga B40.

“Dengan suntikan dana tambahan sebanyak RM230 juta ini,ia membolehkan AIM meluaskan jangkauan pembiayaan mikro kepada lebih ramai wanita”,katanya.

Peruntukan itu juga akan menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan tahun 2026 meningkat daripada RM2.7 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM2.9 bilion.

AIM kini mempunyai 300,20 Sahabat Usahawan Aktif di seluruh negara yang majoritinya menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menjana pendapatan isi rumah.

“Kami juga sedang berusaha untuk menggalakkan usahawan-usahawan wanita ini,yang hampir 70 peratus masih dalam kategori menjalankan perniagaan informal supaya beralih kepada perniagaan formal.

Menurutnya,tumpuan juga akan diberikan untuk membimbing Sahabat-Sahabat Usahawan AIM ke arah Persijilan Halal bagi mengangkat produk atau perhidmatan ke peringkat antarabangsa.

“Justeru,apabila diumumkan peruntukan sebanyak RM230 juta ini,ia sangat ditunggu oleh usahawan-usahawan kecil ini,kerana dana ini memberi semangat untuk mereka pergi lebih


jauh.

“Dengan pencapaian cemerlang bayaran balik pinjaman sebanyak 99.97 peratus,ia membuktikan bahawa golongan wanita yang kami sasarkan ini merupakan aset ekonomi negara yang boleh dipercayai dan berdaya tahan",katanya.

Tambahnya,AIM telah menyalurkan lebih RM37.68 bilion bagi pembiayaan mikro dan membantu lebih satu juta wanita Malaysia keluar daripada kemiskinan,sejak ia ditubuhkan pada tahun 1987.

“Kami amat berterima kasih kepada Perdana Menteri,Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim,yang begitu prihatin dan sentiasa menyokong usaha kami dalam membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini.

Menurutnya lagi,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalurkan sokongan berterusan kepada AIM bermula dengan RM1 juta bantuan segera diikuti RM100 juta pada Belanjawan 2024 dan kini sebanyak RM230 juta bagi tahun 2026,menjadikan jumlah keseluruhan sokongan sebanyak RM340 juta dalam tempoh tiga tahun.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap