2025-10-11 HaiPress
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari/RTM
SHAH ALAM,11 Oktober -Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan transformasi menyeluruh melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu mulai tahun depan.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata,ia sebagai usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memudahkan urusan rakyat.
Katanya,perkara tersebut akan dimaklum menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2026 atau Rancangan Selangor Kedua (RS2),akan datang.
"Dan tahun depan Insya-Allah Kerajaan Negeri akan sasarkan ada satu transformasi yang menyeluruh di seluruh PBT. Di pihak majlis bandaraya Insya-Allah isu-isu seperti aduan hal berkenaan dengan ubah suai rumah ataupun aduan-aduan tertentu seperti jalan,keadaan pusat latihan atau pusat rekreasi. Inni semua akan diberikan perhatian dan akan dimaklumkan dalam sesi belanjawan ataupun dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2026 atau Rancangan Selangor Kedua nanti," katanya.
Beliau berucap ketika merasmikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan,Shah Alam yang dihadiri 10,000 pengunjung,malam tadi.
Sambutan itu turut menampilkan persembahan artis popular Jamal Abdillah,Ernie Zakri,Ara Johari dan Haziq Rosebi.
Selain itu turut dimeriahkan dengan perbarisan kontinjen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),penyertaan sekolah sekitar Shah Alam serta rakan strategik MBSA,selain acara Larian Neon Shah Alam.
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11