Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Malaysia kekal tegas pertahan standard halal dalam rundingan tarif bersama AS

2025-09-19 HaiPress

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / RTM

KUALA LUMPUR,19 September -Malaysia kekal tegas mempertahankan standard halal negara dalam rundingan tarif bersama Amerika Syarikat (AS) yang disifatkan sebagai proses mencabar dan kompleks.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,antara isu dibangkitkan dalam rundingan tersebut ialah pensijilan halal Malaysia,yang dianggap sebagai halangan bukan tarif.

“Namun,Jemaah Menteri memutuskan bahawa standard halal kita adalah ‘garisan merah’ yang mesti dipertahankan dan itulah yang kita lakukan,dengan MITI mengetuai pasukan perundingan Malaysia," katanya,

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Global Halal Summit (GHAS) 2025 yang diadakan bersempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025,di sini hari ini.

Menurut beliau,meskipun Malaysia bersetuju mempermudah kemasukan beberapa produk halal tertentu ke pasaran domestik,negara tetap konsisten mempertahankan standard halal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Beliau turut memaklumkan,industri halal bukan semata-mata urusan nasional atau dwihala susulan ia digunakan oleh umat Islam secara menyeluruh.

"Dengan dua bilion umat Islam di seluruh dunia,serta pasaran halal global bernilai 3.5 trilion dolar AS yang dijangka meningkat kepada 5.0 trilion dolar AS menjelang 2030,kerjasama pelbagai hala dalam industri halal seharusnya menjadi keutamaan kita," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap