2025-09-08 HaiPress
Dr Mohammad Fahmi berkata keperluan garis panduan baru bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan murid dan guru di sekolah agama di negeri itu sedang diteliti.
KUALA LUMPUR,8 September- Kerajaan Negeri Selangor menafikan dakwaan yang tular di TikTok kononnya lebih 200 buah sekolah agama rakyat di negeri itu akan ditutup sehingga menjejaskan kira-kira 40 ribu pelajar.
Menurut Exco Agama Islam Selangor,Dr Mohammad Fahmi Ngah,video di media sosial itu adalah rakaman lama pada tahun 2023 dan kini sengaja diulang siar semula.
"Itu adalah rakaman yang diambil daripada video asalnya tahun 2023 tak pastilah kenapa diulang semula tapi setakat ini saya ingin tegaskan bahawa tidak ada sebarang perancangan ataupun tindakan yang berkuasa untuk menutup mana-mana sekolah agama agama islam di negeri ini jadi tentunya itu tidak betul dan angka 40 ribu itu memang tidak betul," katanya menerusi temubual khas Kita Selangor di Selangorfm,hari ini.
Mohammad Fahmi berkata kerajaan negeri telah membuat aduan rasmi kepada Kementerian Komunikasi bagi menyiasat pemilik akaun TikTok yang menyebarkan rakaman berkenaan.
Dalam masa sama,katanya,kerajaan negeri sedang meneliti keperluan garis panduan baru bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan murid dan guru di sekolah agama di negeri ini.
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08