Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kaji reformasi pembiayaan kesihatan warga emas

2025-09-04 HaiPress

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR,3 September - Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengkaji pelaksanaan reformasi pembiayaan penjagaan kesihatan bagi golongan warga emas.

Ini selaras dengan perubahan demografi negara ke arah masyarakat menua.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata antara cadangannya termasuk mempertimbangkan untuk mewujudkan skim perlindungan sosial seperti caruman khas sebagai persediaan penjagaan kesihatan di usia emas.

Hasrat tersebut boleh direalisasikan dengan kerjasama kementerian lain.

“Ia juga boleh dilaksana dengan kerjasama kementerian lain seperti Kementerian Kewangan.

"Perubahan demografi juga sememangnya menuntut kita mempelbagaikan dan menambah sumber pembiayaan awam,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi KKM di Dewan Negara,hari ini.

Bagi inisiatif jangka panjang,beliau berkata KKM sedang merangka penubuhan Dana Kesihatan Nasional yang akan berteraskan hasil cukai langsung dan tidak langsung.

Ia melibatkan cukai prokesihatan ke atas produk berisiko seperti rokok,vape,alkohol dan minuman bergula.

“Pelaksanaan cukai ini juga diharap dapat mempengaruhi perubahan tingkah laku ke arah kehidupan lebih sihat," jelasnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap