2025-07-30 IDOPRESS
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,30 Julai – Kerajaan terus komited memperkasa sektor huluan getah melalui penerapan teknologi,mekanisasi serta sistem digital yang dirangka khas untuk membantu pekebun kecil meningkatkan hasil dan daya saing dalam industri getah negara.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin berkata Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah membangunkan pelbagai inovasi teknologi bagi menyokong produktiviti penoreh dan pengusaha kecil.
“Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah membangunkan beberapa teknologi,mekanisasi dan automasi bagi membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti",katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pendang,Datuk Awang Hashim dalam Dewan Rakyat hari ini.
Antaranya termasuk Teknologi Stimulan seperti RRIM Hydrobest,Mesin SoFIL,sistem pengurusan RRIM EcoSmart serta teknologi torehan automatik Motoray.
Beliau turut menjelaskan bahawa LGM kini turut memanfaatkan teknologi digital secara menyeluruh termasuk pembangunan aplikasi PAT-G,RRIMniaga™,RRIMestet dan sistem MSNR Trace bagi memudahkan urusan permit,pemantauan transaksi serta pematuhan kemampanan industri getah negara.
“Dalam aspek pendigitalan,LGM telah membangunkan pelbagai sistem dan aplikasi digital untuk memperkukuh daya saing dan kebolehjejakan (traceability) dalam sektor huluan dan pemprosesan getah",katanya.
Dalam masa sama,Program Konsolidasi Getah Terbiar yang sedang digerakkan menyasarkan untuk mengurus lebih 1,700 hektar kebun terbiar secara berkluster di Kedah,Perak dan Negeri Sembilan bagi membuka peluang pekerjaan serta menambah hasil getah negara.
07-31
07-31
07-31
07-31
07-31
07-31
07-31
07-31
07-31
07-31