Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Insiden tembakan di Cheras dan Meru tiada kaitan antara satu sama lain

2025-07-03 IDOPRESS

Datuk Mohamed Usuf berkata,kedua-dua kes tembakan mempunyai motif serta elemen yang berbeza.

KUALA LUMPUR,2 Julai - Polis mengesahkan bahawa insiden tembakan di Cheras dan di Meru baru-baru ini tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad,berkata ini kerana kedua-dua kes tersebut mempunyai motif serta elemen yang berbeza.

"Kita telah menyiasat dan mendapati bahawa kes di Meru tiada kaitan langsung dengan kes di Cheras. Ia tidak mempunyai sebarang hubungan dan elemen dalam kedua-dua kes adalah berbeza sama sekali. Dalam kes di Cheras,semua penjenayah terlibat menggunakan topeng muka (skin mask)."

"Buat masa ini,siasatan masih diteruskan dan kita sedang meneliti sebarang elemen atau maklumat baharu yang boleh membantu siasatan",katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Intelektual Inspirasi Remaja Madani 2025 di sini,hari ini.

Terdahulu,seorang ahli perniagaan dilaporkan maut selepas ditembak di hadapan sebuah premis di Taman Meru Utama,Klang,pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian berasingan pada 17 Jun pula,dua lelaki tempatan berusia 40-an terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew,Cheras.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap