2025-06-27 HaiPress
Perkhidmatan Rapid KL On-Demand ditambah di empat zon baharu - Foto Rapid KL
KUALA LUMPUR,27 Jun – Rapid Bus Sdn Bhd bakal melancarkan empat zon baharu mulai 30 Jun ini bagi perkhidmatan Rapid KL On-Demand sebagai langkah strategik untuk memudahkan mobiliti bandar khususnya di kawasan tumpuan tinggi ibu negara dan koridor pendidikan utama.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana Malaysia Berhad,Amir Hamdan dalam satu kenyataan berkata,antara zon utama yang diperkenalkan ialah zon Central Business District (CBD),meliputi kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur iaitu Jalan Imbi,Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan.
"Pelaksanaan zon baharu ini adalah bukti komitmen kami dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang bukan sahaja inklusif,tetapi juga responsif terhadap keperluan sebenar pengguna," katanya.
Pelancaran itu dijangka memperkukuh sistem pengangkutan awam berorientasikan transit dengan menawarkan penyelesaian mobiliti mikro lebih efisien dan mesra pengguna di kawasan berpenduduk padat dan sering sesak dengan trafik serta isu parkir.
Menurutnya,selain zon pusat bandar,tiga lagi zon turut diperkenalkan melibatkan laluan koridor pendidikan utama,iaitu MRT UPM ke IOI City Mall,LRT Kelana Jaya ke Taman SEA/Damansara Jaya dan LRT Gombak ke Taman Selaseh/Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).
Inisiatif berkenaan dijangka memudahkan urusan harian pelajar,pensyarah dan kakitangan institusi pendidikan untuk bergerak secara lebih selamat dan fleksibel.
06-27
06-27
06-27
06-27
06-27
06-27
06-27
06-27
06-27
06-27