Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

2025-06-04 HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,4 Jun- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada pukul 9.21 pagi,kontrak bulan semasa susut 3.5 mata kepada 1,495.0,Julai 2025 jatuh 1.5 mata kepada 1,495.0 dan September 2025 susut 1.0 mata kepada 1,478.50,bagaimanapun Disember 2025 meningkat 3.5 mata kepada 1,488.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,205 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 32,410 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI turun 1.09 mata kepada 1,502.16 selepas 40 minit dagangan daripada 1,503.25 ketika ditutup pada Selasa.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap