Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

E-Taib, bimbingan ibadah digital di Tanah Suci

2025-05-16 IDOPRESS

Platform digital E-Taib memudahkan para jemaah haji

MEKAH,15 Mei - Lembaga Tabung Haji (TH) terus memperkasa bimbingan ibadah haji menerusi inisiatif digital Talian Ibadat Elektronik atau lebih dikenali sebagai E-Taib.

Kemudahan platform digital tersebut mampu memberikan kemudahan kepada para jemaah bagi mengemukakan soalan berkaitan hukum-hakam secara langsung ketika berada di Mekah dan Madinah serta mendapatkan penjelasan segera mengenai perkara berkaitan ibadah termasuk ibadah haji.

Menurut Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji,Shahrin Awaluddin,antara topik yang sering menjadi pertanyaan para jemaah merangkumi larangan ihram dan isu fiqh wanita.

"Tahun-tahun sebelum ini soalan yang paling banyak adalah tentang larangan ihram dan juga berkaitan tentang isu-isu fiqh wanita. Kalau larangan ihram,berkait tentang wangi-wangian. Itu antara soalan yang selalu diajukan oleh para jemaah," katanya.

Tambahnya,meskipun platform tersebut disediakan,pihaknya tetap menempatkan Pembimbing Ibadat Haji terlatih di lapangan bagi memberi bimbingan secara bersemuka kepada jemaah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap