Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Persidangan Pengurus TEKUN fokus hala tuju, pelan tindakan strategik 2025

2025-05-06 IDOPRESS

BANGI,5 Mei – Persidangan tiga hari Pengurus TEKUN Seluruh Malaysia 2025 jadi platform utama bagi penyampaian mandat,hala tuju serta pelan tindakan strategik TEKUN tahun ini.

Persidangan disertai 279 peserta itu bertujuan memperkukuh jaringan pengurusan,membincangkan cabaran semasa serta menyemai budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan pemimpin organisasi.

Sehingga Mac 2025,TEKUN telah menyalurkan 10.28 bilion ringgit pembiayaan kepada 598,517 usahawan seluruh negara.

Pencapaian itu bukan sahaja mencerminkan kekuatan angka,tetapi turut memberi impak besar terhadap pembangunan komuniti,penciptaan pekerjaan dan kemajuan ekonomi setempat.

Perasmian persidangan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick,yang juga Pengerusi Lembaga Amanah TEKUN Nasional.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap