Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

2025-04-09 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,9 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US susulan pembetulan teknikal selepas penurunan baru-baru ini dalam persekitaran prestasi semalaman bercampur-campur mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada pukul 8.00 pagi,ringgit meningkat kepada 4.4875/5050 berbanding dolar US daripada 4.4885/4930 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kejutan disebabkan pengumuman tarif AS baru-baru ini terus menguasai sentimen pasaran.

Beliau berkata para pegawai White House telah mengesahkan tarif 104 peratus ke atas barangan China terpilih akan diteruskan seperti yang dirancang manakala Beijing dijangka akan bertindak balas.

"Ketika ini,tahap ketidaktentuan terhadap kesan perang perdagangan yang berpotensi berlaku pada ekonomi global akan menjadi tumpuan utama," katanya kepada Bernama.

“Kenaikan tarif terhadap China akan menjejaskan industri yang dipacu eksport,mendorong lebih banyak langkah rangsangan untuk menyokong ekonomi.

“Sehubungan itu,ringgit dijangka akan turut terjejas,memandangkan korelasi yang kukuh dengan yuan China,pada 78 peratus sejak 2015,” katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0785/0907 daripada 3.0501/0533,turun berbanding euro kepada 4.9246/9438 daripada 4.9005/9055 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.7368/7592 daripada 5.7210/7268.

Bagaimanapun,ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8552/9139 daripada 12.8898/9094,meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 265.6/266.8 daripada 265.7/266.1 dan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.3169/3304 daripada 3.3224/3259 manakala ringgit berubah sedikit berbanding peso Filipina pada 7.83/7.86 daripada 7.83/7.84 sebelumnya.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap