Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Pemandu lori sembunyi pekerja asing gagal lepasi pemeriksaan JPJ

2025-04-08 IDOPRESS

Foto RTM

SUNGAI PETANI,8 April – Tindakan seorang pemandu lori menyembunyikan empat pekerja warga asing di bahagian belakang lori bertutup bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,gagal apabila kenderaannya ditahan dalam satu operasi khas semalam.

Lori berkenaan ditahan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dalam Op Khas Motorsikal dan Op Pengarah sempena Op Hari Raya Aidilfitri 2025 yang dijalankan di Kilometer 6,Jalan Lencongan Timur,di sini.

Menurut Pengarah JPJ Kedah,Stien Van Lutam,hasil pemeriksaan mendapati empat lelaki warga Bangladesh berada di bahagian belakang lori yang ditutup rapat,dipercayai disembunyikan oleh pemandu lori tersebut.

“Siasatan awal mendapati pemandu berkenaan cuba mengelak daripada dikesan kerana membawa pekerja melebihi had yang dibenarkan,iaitu hanya dua orang pada satu-satu masa,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemandu lori terbabit telah dikenakan saman atas kesalahan membawa pekerja melebihi jumlah yang ditetapkan.

Bagaimanapun,keempat-empat warga asing terbabit memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Sepanjang operasi yang berlangsung selama empat jam dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari itu,sebanyak 539 buah kenderaan telah diperiksa dan 154 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

JPJ menegaskan kesalahan seperti itu dipandang serius kerana bukan sahaja melanggar peraturan,tetapi turut mengancam keselamatan nyawa penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Tindakan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Operasi seumpama itu akan diteruskan di beberapa lokasi lain sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang,terutamanya menjelang musim perayaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap