Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

2025-03-18 IDOPRESS

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan 'Ex Kurung' yang diadakan di Politeknik Ungku Omar di Ipoh/RTM

IPOH,18 Mac- Ancaman keselamatan boleh berlaku tanpa diduga dan kesiapsiagaan pasukan elit tidak boleh dipandang ringan,tegasKomander 69 Komando Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Hamzah Hashim.

Ia susulan reaksi negatif segelintir masyarakat terhadap Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan 'Ex Kurung' di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini semalam.

Beliau menegaskan latihan tersebut bukan sekadar demonstrasi,tetapi satu keperluan dalam memastikan kecekapan anggota keselamatan menghadapi ancaman sebenar.

Tambah Hamzah,latihan berkenaan juga berjaya mencapai objektif ditetapkan termasuk memberi pendedahan kepada semua agensi terlibat dalam menangani situasi krisis.

"Seramai 220 peserta dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),pihak PUO,hospital dan Kementerian Kesihatan Negeri Perak telah menunjukkan komitmen serta kerjasama penuh.

"Latihan selama dua hari ini berjaya mencapai objektif dan matlamat ditetapkan," katanya pada sidang media Majlis Penutup 'Ex Kurung' di PUO di sini pagi tadi.



SAC Hamzah Hashim (dua kanan) dan Dr Shamsuri Abdullah (kanan)/RTM
Menurutnya beberapa aspek latihan akan ditambah baik khususnya berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP)) bagi meningkatkan keberkesanan serta kesiapsiagaan pasukan.Sementara itu,Pengarah PUO,Dr Shamsuri Abdullah memaklumkan laporan awal mengenai latihan tersebut akan diserahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,esok.Terdahulu,bunyi tembakan bertalu-talu di sekitar Taman Cempaka,Ipoh,awal pagi semalam mencetuskan panik apabila ratusan pelajar PUO berlari ke kawasan lapang dengan kehadiran polis bersenjata dan kenderaan rasmi.Kejadian itu turut tular di media sosial dengan pelbagai spekulasi.Bagaimanapun,sekitar 10.15 pagi,pihak berkuasa mengesahkan ia adalah simulasi LatihanAnti Pengganas dan Menyelamat Tebusan 'Ex Kurung' oleh 69 Komando Pasukan Gerakan Khas yang turut melibatkan beberapa unit keselamatan lain.



Latihan 'Ex Kurung' di Politeknik Ungku Omar di Ipoh semalam/RTM

BERITA BERKAITAN

Ex Kurung: Pensyarah dan pelajar PUO jadi tebusan

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap