2025-02-12 IDOPRESS
Usul bagi menyeragamkan beberapa agensi kerajaan dalam menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat / Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,12 Februari – Usul bagi menyeragamkan beberapa agensi kerajaan dalam menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu perlu dibawa kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Tidak boleh tubuh syarikat atau agensi tanpa kelulusan tertinggi. Memutuskan untuk membatalkan (agensi) bukan perkara mudah. Jika wajib dilakukan,kita akan lakukan. Ini adalah sebahagian daripada usaha merealisasikan reformasi.
“Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) ditugaskan untuk mengusulkan penyeragaman beberapa agensi dan saya akan membuat keputusan setelah pembentangan dilakukan dalam masa terdekat. Namun,saya bersyukur kerana apa sahaja yang dibincangkan menunjukkan hasrat perubahan dalam negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sistem iPayment,di sini,hari ini.
Sebelum ini,Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi mengatasi masalah pertindihan fungsi serta memastikan pengurusan dana negara lebih efisien.
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21