Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kes sandwich UM, jangan anggap remeh isu halal - Zahid

2025-01-20 HaiPress

Foto BERNAMA

GEORGE TOWN,19 Januari- Isu kontroversi penjualan produk sandwic "Ham & Cheese" di premis runcit di Universiti Malaya (UM) diharap tidak lagi perlu diperbesar.

Jelas Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,ia berikutan tindakan pihak rangkaian runcit terbabit telah mengambil tindakan proaktif dengan menarik balik penjualan produk berkenaan di pasaran.

"Tindakan Universiti Malaya (UM) yang menutup serta-merta dua premis jualan runcit di kampus itu adalah satu tindakan segera yang dilakukan.

Ini adalah satu kesilapan. Kami serahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut," kata Dr. Ahmad Zahid kepada pemberita,hari ini.

Beliau yang sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia yang juga menjalin kerjasama erat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan agar isu berkaitan halal tidak boleh dianggap remeh apatah lagi perkara itu menyentuh sensitiviti agama.

Terdahulu,polis telah menerima laporan berhubung penjualan makanan sandwic "Ham & Cheese" yang diragui status halalnya di sebuah kedai serbaneka di UM.

Hasil siasatan bersama JAKIM dan KPDN mendapati produk berkenaan tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Pemeriksaan lanjut menunjukkan syarikat pengeluar makanan terbabit tidak mendapat kelulusan halal daripada JAKIM manakala logo halal pada produk tersebut adalah milik syarikat lain yang telah berhenti operasi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap