Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

2024-12-20 IDOPRESS

Exco Perpaduan,Warisan dan Budaya Johor,K. Raven Kumar/ Foto BERNAMA

JOHOR BAHARU,20 Disember- Kerajaan Johor melalui kerjasama Tourism Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil inisiatif kreatif dengan menghasilkan mural di beberapa lokasi strategik sekitar daerah Johor Bahru.

Exco Perpaduan,Warisan dan Budaya Negeri Johor,K. Raven Kumar berkata,usaha ini dapat menambah daya tarikan visual kepada pelancong tempatan dan antarabangsa,sekali gus mempromosikan identiti Johor dalam sektor pelancongan.

“Idea ini juga merupakan cetusan ilham Menteri Besar,Datuk Onn Hafiz Ghazi,untuk memperkenalkan lebih banyak elemen kebudayaan Johor kepada pelancong.

"Jika dilihat,mural ini menampilkan gambar gambus,alat muzik tradisional yang menjadi simbol kebudayaan kita. Ini pasti menjadi tarikan baharu,terutama menjelang ASEAN Tourism Forum tahun depan dan Tahun Melawat Johor 2026,” katanya demikian semasa lawatan kerja ke mural berdekatan Pintu Gerbang Jalan Tan Hook Nie,di sini.

Setakat ini,mural berhampiran Jalan Tan Hook Nie,Johor Bahru telah siap dilukis oleh karyawan tempatan dari Johor.

Tiga lagi lokasi di sekitar Johor Bahru kini sedang dikenal pasti untuk dihiasi dengan mural bertemakan kebudayaan dan makanan Johor.

K. Raven Kumar turut menyeru masyarakat untuk bersama-sama menjaga keindahan dan keceriaan kawasan mural bagi mengelakkan sebarang bentuk vandalisme.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap