2024-10-25 HaiPress
Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif / Foto RTM
PUTRAJAYA,24 Oktober – Pembangunan infrastruktur,termasuk projek pengurangan risiko banjir di ibu negara,menjadi salah satu daripada lima tumpuan utama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelang Kepengerusian ASEAN 2025.
Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif berkata antara fokus lain DBKL adalah pengindahan,pencahayaan,penambahbaikan jalan serta promosi ASEAN 2025.
"Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah membersihkan longkang yang tersumbat dengan kerjasama SWCorp dan Alam Flora. Kedua,kita perlu membersihkan sungai dan juga melihat kepada kolam takungan air.
"Dulu,pembersihan sungai dilakukan setiap tiga bulan,namun kini ia dilakukan dua kali sebulan bermula Oktober ini dan seterusnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi libat urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Wilayah Persekutuan,di sini.
Dr. Maimunah turut memaklumkan,DBKL bekerjasama dengan bangunan komersial dan hotel untuk promosi serta pencahayaan bangunan di sekitar Kuala Lumpur menjelang ASEAN 2025.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20