2024-09-21 berita.rtm.gov.myHaiPress
FOTO RTM
KANGAR,21 September- Kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) di Perlis ditutup dan penduduk terjejas banjir mula kembali ke rumah masing-masing pagi tadi.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri,Ku Chik Ku Mad Esa berkata PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sena dan PPS SK Kubang Gajah ditutup pada 8.00 pagi,manakala PPS SK Dato’ Ahmad Musa ditutup 10.00 pagi,menjadikannya PPS terakhir ditutup.
"PPS SK Arau yang pertama ditutup pada Khamis lepas selepas banjir di kawasan sekitar mula surut," katanya dalam kenyataan hari ini
Bagaimanapun,orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca dan mengawasi ahli keluarga.
Tinjauan RTM mendapati paras air di sekitar kampung yang terjejas semakin menurun.
11-01
11-01
11-01
11-01
11-01
11-01
11-01
11-01
11-01
11-01