Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kenaikan tarif terhadap produk sarung tangan China beri manfaat kepada pengeluar Malaysia

2024-09-17 berita.rtm.gov.myHaiPress

FOTO HIASAN / BERNAMA

KUALA LUMPUR,17 September- Kadar tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap produk sarung tangan dari China,bakal beri manfaat kepada pengeluar tempatan.

Menurut Maybank Investment Bank Berhad,secara relatif ia akan menjadikan produk sarung tangan Malaysia lebih murah,seterusnya meningkatkan daya saing di pasaran Amerika Syarikat.

Firma penyelidikan itu menjelaskan,negara itu merupakan destinasi eksport penting buat pengeluar tempatan.

Namun,sebahagian daripada penguasaan pasaran diambil alih oleh syarikat dari China sejak 2021,susulan persaingan harga.

Perkembangan terbaru ini dijangka menyumbang kepada pendapatan lebih kukuh kepada pengeluar tempatan untuk tempoh akan datang,berikutan peningkatan permintaan dan penstabilan harga jualan purata.

Bagaimanapun,Maybank IB kekal berhati-hati terhadap prospek jangka panjang,berikutan persaingan berterusan dari negara tembok besar itu.

Jumaat lalu,Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) mengumumkan kenaikan tarif ke atas import China,sebanyak 50 peratus pada 2025 dan 100 peratus menjelang 2026.

Jumlah itu lebih tinggi daripada kadar 25 peratus yang dicadangkan pada Mei lepas.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap